Thursday, May 13, 2010

Berkongsi Pengalaman Umrah, Haji dan Ziarah

Pengalaman Umrah, Haji dan Ziarah

Assalamualaikum wrwb,

Selamat Datang ke laman blog umrahhajiziarah.blogspot.com. InsyaAllah melalui ruang ini saya akan berkongsi dengan anda tentang kisah-kisah, catatan dan pengalaman sebenar sepanjang perjalanan mengerjakan umrah, haji dan pengalaman melawat ketempat-tempat lain di luar negara. Pengalaman bekerja dengan syarikat penerbangan selama lebih 20 tahun memberi peluang kepada saya untuk melawat ke banyak tempat di luar negara, termasuklah Mekah dan Medinah untuk megerjakan ibadah haji dan umrah. Sekarang ni pulak sejak syarikat pelancongan kami ALIA TRAVEL & TOURS mengendalikan pakej pelancongan dan pakej umrah, melawat keluar negara dah jadi satu tugasan pulak. Jadi sesiapa yang berhajat nak menunaikan umrah atau nak ketempat-tempat menarik lain di serata dunia bolehlah ikut kami. Nanti bolehlah bagi special discount kat pembaca blog ni. Kalau nak tengok jadual penerbangan umrah boleh lah rujuk website alia di alamat: www.aliatravel.com.my

Bagi anda yang bercadang untuk mengerjakan umrah, haji atau pun melawat keluar negara, pengalaman dan catatan sepanjang perjalanan ini mungkin dapat memberi gambaran, maklumat dan pelajaran yang boleh menjadi panduan apabila anda merancang untuk memulakan perjalanan atau lawatan anda.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk berkongsi pengalaman mereka atau pun memberi pendapat bolehlah memberikan komen mereka nanti. Apa pun keutamaan akan diberikan kepada kisah-kisah yang boleh memberikan maklumat dan boleh dijadikan teladan dan pengajaran. Kata orang ‘orang yang bijak belajar dari kesilapan orang lain, orang yang tak berapa bijak belajar dari kesilapan sendiri.

Menyentuh tentang perjalanan Umrah dan Haji pasti terlintas dihati tentang Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Medinah. Bagi yang belum pernah menziarahi kedua Masjid ini dibawah ini ialah pemandangan dari luar Masjidil Haram untuk tatapan anda dan bagi yang pernah menziarahinya mungkin dapat mengubat kerinduan kepada masjid teragung umat Islam ini. Video dibawah ni ialah pemandangan Masjidil Haram Mekah dan hotel-hotel sekitar nya, diantaranya Darul Tawhid, Hotel Hilton, dan Zam-Zam tower.



dan dibawah ini pula ialah ialah pemandangan disebelah dalam Masjdil haram dimana jemaah mengerjakan tawaf mengililingi kaabah. Video ni di ambil diluar musim haji.




Ini pulak pemandangan mengerjakan tawaf di musim haji, seolah-olah tak ada tempat yang tak ada orang.
Biasanya semasa mengerjakan umrah jemaah juga akan melawat ke Medinah untuk menziarahi makam Rasullallah. Gambar di bawah ialah pemandangan luar Masjid Nabawi.








Followers